Datuk Misbun Sidek tanpa berselindung mengakui sedang menanti pemain ranking nombor satu dunia keempat di bawah bimbingannya.

Pendedahan itu dibuat Misbun dalam satu video ringkas di laman Facebook Nusa Mahsuri selepas beliau selepas ini akan terbang ke India untuk tugasan baharu bersama sebuah kelab badminton profesional di sana.

Seperti diketahui Datuk Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Dato Seri Lee Chong Wei pernah menduduki ranking pertama dunia ketika berada bawah kendalian jurulatih yang juga merupakan legenda negara itu.

Dalam masa sama, Misbun menegaskan bahawa misi tersebut adalah untuk terus berkongsi ilmu dan menyumbang kepada kejayaan pemain serta pembangunan badminton di peringkat global.

Lee Chong Wei
Kredit Foto: TENGKU BAHAR / AFP

Misi Misbun Sidek Di India

“Untuk sekarang saya tak boleh bagitahu kelab mana tetapi satu kelab profesional yang mana ia kelab yang bagus. Ramai pemain dan pemain-pemain yang merupakan pemain ternama.”

“Jadi untuk saya berkolaborasi dengan mereka, dipanggil ‘friendly’ kolaborasi dan saya akan banyak saya akan menyusun program mengikut rejim apa yang mereka mahukan.”

“Saya ada rejim saya sendiri. Apa yang saya akan kongsikan adalah bagaimana saya dapat membantu untuk jadikan pemain-pemain yang saya pernah jaga iaitu ranking pertama dunia, iaitu Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei yang paling lama sekali.”

Misi Datuk Misbun Sidek: Saya Mencari 'World Number 1' Keempat
Kredit Foto: Nusa Mahsuri

“Dan sekarang ini saya masih lagi untuk mencari ‘World Number 1’  yang keempat, mungkin ianya berada di India. Saya pun tak tahu.”

“Tetapi apa yang saya buat ialah saya ingin menyelami dan juga walaupun di India, apa yang saya hendak ialah untuk saya berkongsi ilmu yang saya ada ini kepada mereka.”

“Sebab kalau ada ilmu, kita tak perlu nak simpan. Yang sebaik-baiknya kita kongsikan kepada siapa-siapa yang betul-betul perlukan untuk kejayaan mereka di masa hadapan,” tambah Misbun lagi.

 

Sumber