Acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan apabila perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Wooi Yik beraksi di pusingan kalah mati hari ini.

Berdasarkan jadual, pemenang pingat gangsa Olimpik lalu, Aaron Chia-Wooi Yik terlebih dahulu turun beraksi menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada jam 7.00 malam ini waktu Malaysia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Info siaran langsung Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (Suku Akhir)

Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis).
Masa: 7.00 malam waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena (Youtube), Sukan RTM dan TV Okey.

Manakala pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dijangka berdepan pemain utama Perancis, Toma Junior Popov pada jam 8.10 malam waktu Malaysia.

Info siaran langsung Lee Zii Jia vs Toma Junior Popov

Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis).
Masa: 8.10 malam waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena (Youtube), Sukan RTM dan TV Okey.

Para peminat sukan tanah air juga boleh menyaksikan siaran langsung aksi atlet Malaysia yang lain secara percuma menerusi saluran yang disiarkan oleh stesen TV tempatan.

RTM bawakan liputan Sukan Olimpik menerusi 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.

Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.Â