Rangkaian kedai roti terkenal, Rotiboy Bakeshoppe, mengumumkan penutupan kekal cawangannya di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur selepas 4 tahun beroperasi di lokasi tersebut.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan jenama itu, hari terakhir operasi bagi cawangan Pavilion KL ditetapkan pada esok, 20 November 2026.
Pihak Rotiboy turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelanggan setia yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang cawangan berkenaan beroperasi.
Meskipun cawangan di Pavilion KL bakal menamatkan operasinya, orang ramai dan peminat setia roti jenama tersebut masih boleh mendapatkan produk kegemaran mereka di beberapa cawangan berhampiran di sekitar ibu negara.
Antara cawangan alternatif yang disenaraikan adalah:
1. Rotiboy Ombak KLCC (menawarkan sajian Pocketboy/Iceboy dan Shiobun)
2. Rotiboy 118 Mall (menawarkan sajian Pocketboy/Iceboy dan Shiobun)
3. Rotiboy LRT Masjid Jamek
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai penuh cawangan lain di seluruh negara, para pelanggan boleh semak di pautan ini.