Pemain naturalisasi baharu negara, Jordan Mintah telah dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi bertemu Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027.

Nama penyerang kelahiran Ghana itu menjadi pilihan pengendali skuad negara, Peter Cklamovski selepas beliau sah menerima taraf kerakyatan Malaysia pada 29 Ogos lalu sekali gus melayakkannya untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Baca Juga:

Selain Mintah, pemilihan pemain pertahanan JDT, Junior Eldstal turut mencuri tumpuan ramai.

Manakala rakan sepasukan Mintah, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman yang cemerlang bersama Kuching City pada ketika ini turut dipanggil pada latihan pusat kali ini.

Selain daripada itu, tiada perubahan besar dalam barisan pemain dapat disaksikan dengan adanya pemain-pemain utama JDT seperti Ahmad Syihan Hazmi, Afiq Fazail dan Arif Aiman Hanapi.

Seperti dijangka, tujuh pemain warisan yang menerima hukuman penggantungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak disenaraikan.

Skuad negara akan menghadapi Laos di Vientiane pada 9 Oktober manakala kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu berselang lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berikut merupakan senarai penuh pemain yang dipanggil menyertai sesi latihan pusat kali ini:

Latihan Pusat Skuad Negara

Penjaga Gol

1) Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT)

2) Azri Ghani (Negeri Sembilan)

3) Haziq Nadzli (Kuching City)

Pertahanan

4) Azam Azmi Murad (Terengganu)

5) La’vere Corbin-Ong (JDT)

6) Daniel Ting (Sabah)

7) Declan Lambert (Kuala Lumpur City)

8) Dion Cools (Cerezo Osaka)

9) Dominic Tan (Sabah)

10) Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor)

11) Junior Eldstal (JDT)

12) Richard Chin (Raith Rovers)

13) Shahrul Saad (JDT)

14) Quentin Cheng (Selangor)

15) Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu)

Tengah

16) Afiq Fazail (JDT)

17) Endrick Dos Santos (Cong An Ho Chi Minh City)

18) Nazmi Faiz Mansor (JDT)

19) Nooa Laine (Selangor)

20) Sergio Aguero (Kanchanaburi Power)

21) Stuart Wilkin (Sabah)

Penyerang

22) Alif Izwan Yuslan (Selangor)

23) Arif Aiman Hanapi (JDT)

24) Faisal Halim (Selangor)

25) Jordan Mintah (Kuching City)

26) Paulo Josue (Kuala Lumpur City)

27) Ramadhan Saifullah (Kuching City)

28) Romel Morales (JDT)

29) Safawi Rasid (Kuala Lumpur City)

 

 

Sumber