Pelakon terkenal, Harris Anuar menepis dakwaan bahawa jurugambar Aqo Imran seorang yang biadap dan panas baran. Harris menggambarkan Aqo seorang yang tak pernah buat hal.
Semalam kecoh di media sosial seorang jurugambar menyerang dan mencederakan wajah pereka fesyen Razman dan Razmi dalam satu majlis yang turut dihadiri Datu Seri Vida.
Razmi dalam pendedahannya, melabel jurugambar tersebut memang seorang yang biadap dan suka mengaibkan dia dan Razman di khalayak ramai.
Kerana Hutang, Dua Pereka Fesyen Datuk Vida Diserang Dan Muka ‘Pecah’ Dihentak Dengan Kamera
Ini kerana Razmi dan Razman masih berhutang dengan jurugambar berkaitan dengan pembelian kereta terpakai.
Razmi juga menyatakan bahawa Aqo Imran suka meninggikan suara dan menengking mereka.
Razmi menegaskan dia dan Razman masih berhutang dengan Aqo. Namun konsisten membayar hutang mereka.
Oleh sebab itu dia benar benar marah apabila jurugambar itu bertindak agresif menyerang mereka. Membuatkan wajah mereka cedera dan terpaksa makan bubur buat masa ini.
Harris Annuar yang pernah serumah dengan Aqo Imran selama 3 tahun mendedahkan bahawa jurugambar itu seorang yang menjaga solat dan bukan seorang yang panas baran.
Oleh sebab itu, Harris benar benar tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku melibatkan rakannya itu.
Bercakap kepada mStar, Harris berkata: “Sepanjang mengenali Ako, dia bukan jenis sebegitu [panas baran]. Mungkin dia sudah lama pendam dan terlalu geram. Lalu dia lepaskan.
“Kami memang rakanĀ baik, kenal luar dalam masing masing.”
Harris enggan mengulas soal hutang yang mungkin menjadi punca Aqo menyerang dua pereka fesyen tersebut. Kerana menurutnya, rakannya itu tidak pernah berkongsi tentang perkara tersebut dengannya.
Aqo Imran mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen tersebut.