Tidak semua di dunia bernasib baik dengan hari mereka – ada yang kena marah di pejabat atau buat kerja silap. Tetapi ada pula sekelompok manusia yang bernasib baik dan dalam masa yang sama ‘sangat-sangat’ bernasib baik.
Seperti kisah lelaki dari Korea Selatan ini, dengan hanya meminjamkan RM1,100 kepada pelancong daripada Dubai beliau telah dianugerahkan dengan nilai yang lagi besar.
Menurut agensi media ET Today, insiden itu berlaku di Korea Selatan pada Ogos melalui satu screenshot resit pemindahan wang.
Dia berkata lelaki dari Dubai telah menghampirinya dan meminta untuk meminjam wang kerana kehilangan dompet dan telefon.
Tanpa memikirkan apa-apa, dia dengan murah hati memberi RM1,100 kepada lelaki Dubai tersebut.
Seminggu kemudian, lelaki dari Korea Selatan mendapat panggilan daripada lelaki tersebut dan mereka bertukar maklumat bank.
Tidak lama selepas itu, kemurahan hatinya telah dibalas dengan RM3 juta berada di dalam akaun banknya.
Walaupun terdapat beberapa netizen berpandangan bahawa insiden itu adalah penipuan, tetapi yang pasti kita tidak pasti bila pula nasib baik akan menyebelahi kita.
Kalau anda yang mahu belajar cara baharu sedekah, boleh baca artikel di bawah ini.
Konsep Sedekah Alaf Baru, Netizen Kagum Lihat Cara Sedekah Pelanggan Ini Kepada ‘Rider’ GrabFood
Sedar Tidak Ramai Membawa Tunai, Peminta Sedekah Ini Sediakan Penerimaan Secara ‘E-Wallet’
Perbezaan Zakat Dan Sedekah Yang Sering Menjadi Kekeliruan Masyarakat