Norway memastikan negara haram berada dalam kedudukan sukar untuk mara ke Piala Dunia 2026.

Ini selepas negara haram dibelasah tanpa belas oleh Norway.

Haaland mencetak  hatrik dalam perlawanan ini walaupun pada awal perlawanan dia terlepas peluang menjaringkan gol awal menerusi sepakan penalti.

Penalti Haaland diselamatkan penjaga gol. Kemudian diarahkan diambil semula, juga Haaland gagal.

Tidak lama  selepas itu pemain tengah negara haram, Annan Khalaili menjaringkan gol sendiri minit ke-18.

Pada minit ke-27, Haaland mencetak gol pertamanya, yang menjadikan kedudukan 3-0.

Separuh masa kedua, Haaland mencetak 2 lagi gol untuk mencatatkan satu lagi hatrik. Haaland memastikan pasukannya menang 5-0 ke atas negara haram.

Haaland mencatatkan rekod 8 gol dalam dua perlawanan untuk Norway.