Sebuah helikopter dilaporkan terbakar lalu terhempas di Bentong.

Memetik Buletin TV3, sumber menyatakan kebakaran berlaku ketika helikopter sedang cuba mendarat. Helikopter tersebut hilang kawalan, lalu terbakar.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

“Difahamkan ada kematian. Saya akan keluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat,”  Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar kepada Astro Awani. Beliau sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Difahamkan helikopter yang terbabit dalam insiden itu ialah jenis Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Punca nahas akan diketahui selepas siasatan lanjut selesai dibuat nanti.