Seringkali apabila menyebut tentang pelaburan emas, contohnya HelloGold, terdapat segelintir pengguna yang skeptikal mengenai potensi yang ada yang ada padanya. Tidak dinafikan, scam produk melibatkan emas sememangnya berlaku namun jika anda memilih platform yang betul, emas pastinya menjadi aset pelaburan anda yang berbaloi.

Pada kali ini dengan usahasama HelloGold kami akan berkongsi kepada anda beberapa pertanyaan orang ramai mengenai pelaburan emas. Berikut merupakan 5 soalan popular apabila menyoal tentang pelaburan emas.

1. Berapakah jumlah emas yang wajar disimpan?

pexels-photo-318820
Sumber: Pexels

Pelaburan emas adalah lebih baik jika ia menggunakan strategi kepelbagaian. Sesuai dengan pepatah inggeris yang menyebut ‘don’t put all eggs in one basket’, adalah lebih baik jika anda memadankan portfolio pelaburan anda kepada dua atau lebih platform pelaburan.

Dalam erti kata lain, anda mungkin boleh menyesuaikan portfolio pelaburan anda kepada emas, hartanah dan unit amanah saham.

Menurut Jordan Eliseo dari ABC Bullion, nilai emas yang anda harus simpan bergantung kepada beberapa faktor contohnya umur, risiko dan sebagainya. Membahagikan pelaburan anda kepada empat dan meletakkan emas sebagai salah satu daripadanya sudah cukup memadai.

Anda juga boleh mula melabur dengan modal yang kecil dengan HelloGold. Lebih menarik, mereka menawarkan tawaran diskaun sebanyak RM5 secara percuma. Anda boleh muat turun aplikasi dan sertakan kod promo di bawah untuk memulakan pelaburan.

2. Apa yang anda boleh harapkan daripada pelaburan emas?

hellogold
Sumber: Pexels

Setiap kali muncul khabar tentang penurunan emas, pastinya orang ramai akan berminat untuk mendapatkannya dengan kuantiti yang tinggi sebagai pelaburan. Begitu juga sewaktu harga emas meningkat dimana timbulnya perasaan untuk menjualnya bagi mendapatkan keuntungan.

Perkara seperti ini sememangnya tidak dapat dielak dan turut berlaku sekiranya anda melabur dalam pasaran saham, kripto wang, hartanah dan pelbagai lagi pelaburan lain. Ianya fasa yang perlu dilalui oleh semua jika ingin menjadi seorang pelabur yang lebih peka.

Selain daripada memperoleh keuntungan, emas juga boleh membantu anda memahami pasaran komoditi global dengan lebih terperinci. Anda juga dapat mempelajari serta memahami penawaran dan permintaan antarabangsa, carta harga dagangan dan strategi pelaburan.

Kami menyarankan emas bagi mereka yang baru melangkah ke alam pelaburan kerana apa yang bakal dipelajari akan melengkapkan anda menjadi pelabur yang lebih peka.

3. Dimanakah anda boleh dapatkan maklumat terkini tentang emas?

pexels-photo-342942
Sumber: Pexels

Sebagai cadangan, kami gemar melayari laman web The Economic Times. Sebuah portal media yang membincangkan topik emas secara mikro dan makro. Lebih menarik, portal ini boleh dilayari secara percuma dengan mudah.

Jika di Malaysia antara portal yang aktif adalah Gold Investment Threads di forum Lowyat bagi mengumpulkan komuniti yang serius dalam pelaburan emas. HelloGold juga pernah mengajurkan sesi pertanyaan soalan di forum Lowyat. Anda boleh klik di sini untuk melihat bagaimana perbincangan ini berlangsung.

4. Bilakah masa terbaik untuk membeli emas?

Sumber: Pexels

Apabila menyebut tentang pelaburan emas pastinya persoalan tentang bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas menjadi tanda tanya buat pelabur baru. Harga emas yang kerap berubah antara faktor yang membuatkan waktu pembelian emas memainkan peranan penting dalam pelaburan anda.

Khusus buat pembeli baru, anda boleh mula melabur dengan membeli emas apabila berlaku kejatuhan harga. Selain itu, pastikan anda mendapatkan emas dengan harga diskaun sebelum harga kembali meningkat semula. Hal ini sekaligus membolehkan anda memperoleh untung meskipun dalam masa yang singkat.

Buat pelabur yang serius, adalah lebih baik membeli dalam nilai yang kecil namun konsisten. Sekiranya anda mempunyai modal yang besar, membeli emas dengan nilai yang besar ketika harga rendah secara sekaligus adalah antara pilihan yang tersedia.

5. Siapakah yang sesuai dengan pelaburan emas?

Sumber: Pexels

Emas sememangnya kekal menjadi antara sumber pelaburan yang terbaik. Dalam pada itu, harganya yang kian meningkat antara yang membuatkan orang ramai tidak mampu menceburi bidang pelaburan emas.

HelloGold

Masalah ini ternyata bukan lagi masalah pada masa kini kerana HelloGold sudah ada penyelesaiannya. Penawaran pembelian emas dengan nilai Ringgit Malaysia dan bukan gram antara yang membuatkan HelloGold menjadi pilihan ramai.

Nak tahu apa yang lebih menarik? HelloGold sedia untuk membantu anda mendapatkan emas meskipun dengan jumlah pelaburan bermula dengan RM1. HelloGold juga telah disahkan patuh Shariah meskipun menggunakan kaedah teknologi terbaru. Menarik bukan?

1 (1)

Anda boleh muat turun aplikasi HelloGold di Android dan iOS untuk memulakan pelaburan dengan tawaran diskaun yang ditawarkan. Gunakan kod ‘VJAN18’ untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 untuk memulakan pelaburan pertama anda di HelloGold.