Digelar King Of Africa, Herve Renard menyatakan bahawa dia tidak simpati ke atas Brahim Diaz kerana kegagalan pemain itu melakukan penalti dengan gaya panenka.
Menurut Renard, Brahim Diaz hanya beberapa minit sahaja lagi untuk membantu negaranya menamatkan kemarau piala AFCON selama 50 tahun.
Brahim Diaz sendiri boleh menjadikan AFCON kali ini sebagai AFCON miliknya kerana dia menjadi penjaring terbanyak dan sangat cemerlang.
Namun pemain itu memilih untuk melakukan sepakan penalti dengan gaya ‘fancy’ atau cuba mengaibkan penjaga gol lawan dan akhirnya tindakan itu dianggap tidak menghormati rakyat Maghribi.
Panenka Diaz ditangkap dengan mudah Edouard Mendy yang menjadi titik tolak kepada kejayaan Senegal untuk menjuarai AFCON.
Renard berkata: “Mana mana pemain boleh gagal melakukaan penaalti. Namun dalam situasi Brahim Diaz, saya agak ‘categorical’ dan tidak ada toleransi dengan tindakannya.
Penalti Panenka Jadi Mimpi Ngeri, Brahim Diaz Luah Jiwanya Terluka
“Dia tidak menghormati rakyat seluruh negaaranya yang dahagakan kejayaan AFCON sejak 50 tahun.
Former AFCON-winning manager Hervé Renard has on Brahim Díaz's panenka penalty 😬👇
🗣️ "You have the right to miss a penalty, but in such a case, I am categorical that I have no sympathy."
"It's a lack of respect for an entire country and an entire people seeking a success for… pic.twitter.com/tUcbCUJGdM
— OneFootball (@OneFootball) January 20, 2026
“Saya juga bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ada seorang pemain saya melakukan perkara sama ketika Piala Arab menentang Maghribi.
“Pemain saya Abdullah Hamdan, gagal total dalam panenkanya. Saya minta dia temani saya ke sidang media dan meminta maaf.
“Kalau perkara itu berlaku pada aksi final AFCON, saya pasti hilang pertimbangan.”
Herve Renard bukan nama asing dalam bola sepak Afrika. Ada sebab kenapa dia digelar King Of Africa.
Dia pernah melatih beberapa negara Afrikaa termasuk Zambia, Angola, Ivory Coast dan Maghribi. Dia membantu negara seperti Zambia memenangi AFCON pada 2012.
Dan pada 2015, dia membantu Ivory Coast pula menjuarai AFCON.