Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memuat naik satu video memberitahu beliau dan keluarganya telah menerima satu surat ugutan.

Surat tersebut diselitkan pada lif. Di dalam kandungan surat itu diletakkan wajah Zed Zaidi, serta ancaman buat dirinya dan keluarga.

Baca Juga:

Menurut laporan Harian Metro, Zed Zaidi merupakan ahli jawatan kuasa (AJK) pengurusan kondominium Damansara Perdana. Beliau mendapat tahu hal itu daripada jirannya.

@rozaidijamil

Semalam aku terima surat ugutan dia selit dalam lif rumah letak muka aku dan ancam aku dan keluarga! Aku rasa pihak berwajib tolong la tangkap si penakut ni!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryou #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #senimanmalaysia #seniman #gafema #polis #pdrm #polismalaysia🇲🇾

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

“Semalam, tiba-tiba jiran saya yang juga bendahari persatuan penduduk maklumkan ada pihak busukkan dan fitnah kami. Ada memo ugutan diletakkan di papan notis dalam lif.

“Kami diminta letak jawatan dalam masa tiga hari, keluarga serta anakanak kecil  dan kami dituntut membetulkan kesalahan sebelum masa depan hancur. Turut disertakan juga gambar, nama penuh, nombor rumah, dan nombor kad pengenalan saya.

“Maknanya individu berkenaan dapat maklumat daripada orang dalam. Ia bermaksud juga pengugut itu pun mesti penghuni dalam bangunan kami juga,” katanya.

Bertindak terhadap ugutan itu, Zed Zaidi terus membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara bagi mencari dalang surat ugut tersebut. Katanya, beliau takkan berkompromi jika keselamatan keluarga jadi sasaran.

“Semalam saya dah buat laporan polis dan pantas bertindak. Mereka sudah memeriksa CCTV yang ada suspek dan serahkan tindakan lanjut kepada polis untuk buat siasatan. Memang dalang itu akan ditangkaplah.

“Hal ini ancaman, membabitkan saya dan keluarga. Saya bab begini tak boleh berkompromi. Mereka ini semua penakut! Kalau berdasarkan penulisan, mungkin bukan orang Melayu.

“Kalau jatuhkan imej saya, hal itu sudah biasa untuk saya. Tapi kalau cuba ugut seperti ini, pengecutlah namanya. Ini memang sudah kes jenayah sebab membabitkan ugut dalam rumah. Kalau ugut itu dibuat di luar, saya tak kisah sangat,” katanya.

Memetik Harian Metro lagi, Zed Zaidi percaya surat ugut itu berpunca daripada perlantikannya sebagai AJK persatuan penduduk di bangunan kediamannya itu. Katanya, dia dan pasukan kepimpinan baharu mengambil alih pengurusan sejak Mei lalu.

Beliau dan pasukannya telah membuat siasatan setelah mendapat tahu sudah lima tahun audit pengurusan tidak dibuat.

Difahamkan Zed Zaidi tidak menolak ada berlakunya isu pecah amanah dan lain-lain kerana sebelum ini kepimpinan terdahulu letak jawatan beramai-ramai. Manakala kakitangan yang sudah bekerja selama 12 tahun di pejabat pengurusan itupun tiba-tiba berhenti.

Zed Zaidi yakin ugutan itu berlaku kerana ada pihak enggan kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini terbongkar dengan pemeriksaan kepimpinan baharunya.