Tindakan seorang lelaki memarahi sekumpulan pemandu yang beratur double park di sebuah jalan sempit telah meraih pujian netizen.

Menerusi video rakaman dashcam yang dimuat naik semula X.com @update11111, terdapat sebuah BMW, Toyota dan Lexus model SUV yang double park di tepi jalan dua hala.

Baca Juga:

Ketika pemilik dashcam menunggu giliran untuk lalu di sebelah kereta double park, kereta-kereta dari arah bertentangan enggan memberi laluan.

Oleh sebab hilang sabar menunggu, lelaki tersebut keluar dari kereta untuk memarahi kereta-kereta yang double park di situ.

Ketiga-tiga kereta tersebut segera beredar dan lelaki itu meneruskan perjalanan di lorong yang sepatutnya.

Menerusi reaksi yang ditinggalkan warganet, ramai menyokong dengan tindakan lelaki berkenaan.

Pada masa sama ada yang mempersoalkan lelaki itu sama ada dia melalui jalan one-way kerana banyak kereta parkir berlawanan arah.

“Ini di kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Jalan ini bukan jalan sehala. Cumanya kereta-kereta ini biasalah nak parking betul-betul depan bank, tak boleh nak menapak jauh sikit. Tambah perit kalau sebelah petang bila mana ibu bapa siap double parking tunggu nak jemput anak balik kelas tuisyen”

“Dia kalau side sana tak ada kereta ok saja member nak beralah. Ini kereta lane sebelah tak berenti-henti masuk jalan itu”

“Kalau aku pun hangin. Dah tahu jalan sempit pergi double park. Memang mendapat lah,” kata netizen.