Ada sesetengah tempat mempunyai ruang parkir yang sedikit sehingga menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan secara double park. Bagaimanapun pemilik kenderaan yang double park perlulah meletakkan nombor telefon untuk mudahkan orang ramai menghubungi sekiranya mahu meminta kereta itu dialihkan.

Seorang warga emas terpaksa menunggu kira-kira hampir lebih 3 jam selepas ada sebuah Lamborghini Urus berwarna biru double park di hadapan keretanya dan pemiliknya tidak dapat dicari sepanjang tempoh itu.

Baca Juga:

Insiden itu dikongsikan oleh anaknya melalui Twitter @wunnymusic, menurutnya pemilik kereta SUV mewah itu hanya dapat dihubungi selepas ada dua pemuda mencari butiran menggunakan nombor plat kereta berkenaan.

Kemudian mereka menghubungi pihak syarikat dipercayai didaftarkan ke atas SUV Lamborghini berkenaan. Selepas itu barulah datang pemandu kereta itu untuk mengalihkan kereta tersebut.

Ada seorang penguatkuasa DBKL memberitahu pihaknya ada menerima aduan mengenai Lamborghini double park. Mereka segera bergegas ke tempat kejadian yang berlaku di Jalan Semarak Api 2 untuk mengambil tindakan.

Menurut penguatkuasa itu, saman sempat dikeluarkan, namun kereta SUV mewah itu tidak sempat ditunda kerana pemandu kereta terbabit bergegas ke lokasi untuk mengalih kenderaan itu ke tempat lain.

Ada yang memberitahu @wunnymusic, pemandu yang memandu ketika itu bukanlah pemilik kereta SUV mewah tersebut. Sebaliknya dia hanyalah penyewa kereta berkenaan.

Netizen berasa marah kerana pemandu Lamborghini itu telah menyusahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi seorang warga emas yang dalam keadaan tergesa-gesa mahu mengambil isterinya yang berada di tempat lain.

Orang ramai menanyakan kepada @wunnymusic mengapa dia tidak melaporkan terus kepada majlis perbandaran setempat untuk menunda terus kereta terbabit, beliau menyatakan jika berbuat sedemikian bimbang akan menyusahkan pemilik kereta itu dan beliau beranggapan mungkin pemandu tiba-tiba masuk hospital sehinggal meninggalkan kereta double park dalam keadaan yang lama.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.