Dua pemain negara, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero dipanggil bagi menghadapi dua aksi persahabatan pada September ini.

Malaysia dijadualkan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September dan Palestine di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September.

Baca Juga:

Holgado
Rodrigo. Kredit Foto: Malaysia NT

Holgado Dan Palmero Dipanggil

Menurut laporan, Rodrigo telah dipanggil oleh Peter Cklamovski bagi mengetuai jentera serangan dalam dua aksi tersebut.

Penyerang berusia 30 tahun itu bakal terlepas perlawanan menentang Atletico Bucaramanga dan seteru setempat iaitu Deportivo Cali.

Holgado
Gabriel Palmero. Sumber Gambar: Malaysia NT

Bagi Palmero pula, pihak kelab yang mengumumkan bahawa pemain itu akan beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

“Palmero akan beraksi dengan pasukan kebangsaannya beberapa jam selepas penampilan dalam liga pasukan Unionista menentang Osasuna Promesas,” dipetik dari kenyataan pihak kelab.

Palmero dan Holgado turut dipanggil ketika Malaysia turun menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027.