Hasil kerjasama Hong Leong Bank dan Payment Network Malaysia, kini mereka melancarkan kampung tanpa tunai pertama di Malaysia bersempena kempen ‘Visit Sekinchan 2023’.
Selain meningkatkan aliran perniagaan domestik ke arah digital, ia juga memberi kemudahan pembayaran tanpa tunai buat pelancong bandar dan luar negara yang mengunjungi ke lokasi berkenaan. Menerusi pengenalan ini, para pengguna boleh menggunakan kod QR ketika berbelanja di Sekinchan.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Difahamkan pembayaran tanpa tunai ini boleh digunakan di premis perniagaan seperti pasar awam, kedai makan, tempat penginapan termasuk di rumah-rumah ibadat. Kaedah pembayaran ini turut membuka peluang kepada penduduk setempat untuk meneroka peluang perniagaan serta manfaat ekonomi digital.
Sekinchan menjadi pilihan kerana ia merupakan lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang mana ia secara strategik terletak berdekatan dengan ibu negara.
HLB telah memberi sokongan ke atas 24,000 penduduk dan perniagaan di Sekinchan dengan membantu mereka membuka akaun bank, mengeluarkan kad debit dan berhubung dengan bank secara digital tanpa perlu mengunjungi cawangan perbankan berkenaan.