Dalam menuju ke arah negara maju, kerajaan sangat dedikasi untuk mendigitalisasikan kesemua urusan seharian di dalam negara ini. Kini sudah semakin banyak badan kerajaan yang mula mengadaptasi penggunaan pembayaran dalam talian dan seumpamanya.

Selaras dengan itu, Jabatan Pendaftaran Negara Melaka juga bakal melaksanakan transaksi tanpa tunai sepenuhnya di kaunter cawangan Ayer Keroh dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 1 januari 2023 kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita RTM

Unit Komunikasi Korporat JPN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan tersebut membabitkan bahagian kad pengenalan, perkahwinan, penceraian, kewarganegaraan, kelahiran, kematian dan juga anak angkat.

Dengan kaedah ini, orang ramai bakal diwajibkan menggunakan mod pembayaran secara tanpa tunai termasuklah menerusi perbankan internet, kad kredit atau debit dan beberapa medium lain. Langkah ini diambil untuk menjadikan pembayaran lebih selamat, efisien dan sistematik.

Sumber