Penggunaan bayaran secara cashless boleh dilihat semakin meningkat selepas berlakunya pandemik COVID-19. Malah, ramai yang beralih atas sebab lebih mudah dan selesa.

Bagaimanapun, ada juga segelintir peniaga terutama peniaga yang berada di kawasan yang sukar menerima liputan internet mengeluh untuk alternatif moden ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Kak Ji memuat naik sebuah video di akaun TikTok meluahkan kekesalan terhadap pelanggan yang terlalu bergantung kepada sistem  cashless sehingga tidak membawa wang tunai langsung ketika keluar rumah.

Di dalam video itu, beliau berpesan supaya pelanggan membawa sedikit wang tunai ketika keluar makan walaupun wujud sistem canggih hari ini kerana ada kalanya masalah boleh berlaku semasa mahu buat pembayaran.

“Yang mana suka gaya cashless ni, sekurang-kurangnya letaklah sedikit wang tunai di dalam beg.

“Janganlah ‘lurus’ sangat. Sebab line internet kadang-kadang buat hal. Kita dah siap makan, perut dah kenyang, nak bayar cashless, internet buat hal, macam mana?

“Kalau pemilik kedai itu baik, tak apa, bayar lain kali. Kalau kita tak kenal kedai dan pemiliknya dia nak benarkan ke?”, katanya lagi dengan nada kecewa.

Beliau turut meluahkan sudah penat ‘mengejar’ pelanggan yang berjanji untuk membayar hutang di kedainya.

“Penat kita nak kejar, patutnya kedai makan tak ada masalah. Kau datang bayar. Sepatutnya mudah hidup ni, tapi jadi payah,” keluhnya lagi berhubung pelanggan yang sengaja tidak membayar hutang.

@matsallehburger

♬ original sound – Matsalleh Burger – Matsalleh Burger

Sementara di ruangan komentar, wargamaya ada berkongsi bahawa wujud segelintir individu menggunakan helah untuk menipu dalam pembayaran cashless.

Sumber Gambar: TikTok @matsallehburger
Cashless
Sumber Gambar: TikTok @matsallehburger

Antara taktik yang biasa digunakan adalah memaparkan resit digital palsu serta ada yang berlakon seakan sudah menekan butang bayaran di hadapan peniaga tetapi sebenarnya belum melakukan sebarang transaksi.

Dalam masa sama, sebahagian pengguna menggingatkan orang ramai agar menyediakan sedikit wang apabila mahu keluar rumah malah boleh digunakan waktu kecemasan jika ketiadaan internet.