Sudah masuk tahun 2025, wujud rupanya individu yang kononnya datang dari negara kelas pertama yang masih menggunakan transaksi dalam tunai.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Lithunia, Eropah memuat naik video ketidak puasan hati dengan cara pembayaran tiket di Malaysia yang hanya menerima pembayaran secara dalam bentuk kad, dalam talian atau bahasa mudahnya cashless.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, lelaki itu kelihatan yang kurang senang dengan realiti sistem pembayaran tiket tren di Lapangan Terbang Kuala Lumpur hanya menawarkan pembayaran secara dalam talian, ewallate atau kad debit dan kredit sahaja.

“Ini review negatif pertama, tiada wang tunai di sini,” luahnya.

Melihat ke kawasan berdekatan dipenuhi mesin pembayaran, dia langsung menyoal kepada petugas untuk mendapatkan kepastian dan betul sangkaannya yang tiket tren dari KLIA ke KL Sentral hanya boleh dibeli secara cashless menerusi mesin terminal yang disediakan sahaja.

Dia seperti tidak berpuas hati dengan atur cara sebegitu. Entah mengapa dia tidak mahu menggunakan kad bank miliknya untuk membuat pembayaran walaupun tersedia pilihan pembayaran berasaskan kad bank.

Dia akhirnya terpaksa melakukan transaksi secara cashless dan membeli tiket tren ke KL Sentral berharga RM55.

Walaupun mengakui akan betapa pantasnya proses pembelian itu, dia tetap menyoal “Stesen kereta api jenis apa yang tidak menerima wang tunai?.

@mrabroadvlogs

Cash is useless if you want to buy train ticket in KL airport 🇲🇾#malaysia #malaysiatravel #kualalumpur #travel

♬ original sound – Mr ABroad vlogs – Mr ABroad vlogs

Melihat ke ruangan komentar, sementara ada yang mengecam lelaki itu kerana gagal mengkaji negara yang mahu dikunjungi dan sebahagian lain pula hanya berseloroh mengatakan Malaysia yang sering dianggap sebagai negara mundur memang tidak menggunakan wang tunai lagi.