Nama acara ‘Hot Wheels Monster Trucks Live’ pasti tidak asing bagi bagi peminat trak Hot Wheels.

Ia merupakan pertunjukan mesra keluarga ini mempersembahkan aksi ngeri seperti perlumbaan, lompatan tinggi, dan freestyle dengan menggunakan trak gergasi.

Berita baik buat peminat tempatan kerana pertunjukkan itu akan jelajah Asia di Malaysia pada 16–18 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, dengan empat pertunjukan selama tiga hari.

Pertama Di Asia Tenggara: Malaysia Pecah Rekod Hot Wheels Monster Trucks Live™, 22,000 Tiket Terjual Dalam 24 Jam
Sumber Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™
Sambutan memberangsangkan, slot pertunjukan ditambah

Pada awalnya hanya 3 slot persembahan untuk dua hari, namun oleh kerana 80 peratus tempat duduk bagi tiga persembahan pertama sudah pun terjual, persembahan keempat kini ditambah untuk hari ketiga bagi membawakan keterujaan ini kepada lebih ramai peminat.

Sejak kemunculan sulungnya di Edinburg, Texas pada 2019, acara ini telah menjelajah ke 28 buah negara di seluruh dunia dan dijangka mencecah lebih 30 buah negara menjelang 2027, sekali gus membina pangkalan peminat global yang besar.

Menariknya, jualan di Malaysia mencatatkan rekod jualan tiket satu hari tertinggi dalam sejarah lapan tahun penganjuran jelajah ini.

Pertama Di Asia Tenggara: Malaysia Pecah Rekod Hot Wheels Monster Trucks Live™, 22,000 Tiket Terjual Dalam 24 Jam
Sumber Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™

Acara pertama akan berlangsung pada Jumaat, 16 Oktober, 8:00 malam. Sementara akses Pra-pertunjukan VIP mulai 5.30 petang-7.00 malam.

Kemudian acara kedua diadakan keesokkan harinya, Sabtu, 17 Oktober, 1:00 petang. Akses Pra-pertunjukan VIP pula pada 10.30 pagi-12.00 tengah hari.

Acara ketiga pada Sabtu, 17 Oktober, 8 malam, dengan Akses Pra-pertunjukan VIP pada 5.30 petang-7.00 malam.

Dan acara terakhir pada Ahad, 18 Oktober, 1:00 petang. Akses Pra-pertunjukan VIP pula pada 10.30 pagi-12.00 tengah hari.

Harga tiket Hot Wheels Monster Trucks Live di Malaysia
Pertama Di Asia Tenggara: Malaysia Pecah Rekod Hot Wheels Monster Trucks Live™, 22,000 Tiket Terjual Dalam 24 Jam
Sumber Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™

Malaysia melakar penanda aras baharu bagi acara Hot Wheels Monster Trucks Live, dengan 20,000 tiket terjual dalam masa satu hari sahaja.

Tiket boleh didapatkan di laman sesawang Tri-Tix dengan harga bermula daripada RM118 untuk dewasa.

Harga Istimewa untuk kanak-kanak juga tersedia untuk semua pertunjukan bermula RM89.

Pada masa sama orang ramai berpeluang untuk menikmati ganjaran eksklusif berupa diskaun 10% semasa mendapatkan tiket di jelajah Hot Wheels Monster Trucks yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil sehingga Ahad (26 April) hujung minggu 26 April ini.

Akses istimewa untuk peminat
Pertama Di Asia Tenggara: Malaysia Pecah Rekod Hot Wheels Monster Trucks Live™, 22,000 Tiket Terjual Dalam 24 Jam
Sumber Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™

Para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Pra-pertunjukan VIP, yang berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula.

Peminat bertuah mempunyai akses untuk ke aras arena yang membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan dan saiz Hot Wheels Monster Trucks yang sangat luar biasa — termasuk melihat trak serba baharu dalam siri jelajah ini: Rhinomite – trak bertemakan badak sumbu dinamit!

Setiap tiket Akses Pra-pertunjukan VIP turut diberikan kad autograf yang membolehkan peminat bertuah dapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka.

Pertama Di Asia Tenggara: Malaysia Pecah Rekod Hot Wheels Monster Trucks Live™, 22,000 Tiket Terjual Dalam 24 Jam
Sumber Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Live, dengan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad.

Sebagai rakan media rasmi, The Vocket akan membawakan info terkini dan akses eksklusif buat anda.

Ikuti media sosial kami Facebook, Instagram sekarang supaya tidak ketinggalan berita lanjut.