Pada hari semalam, 24 April 2024, seluruh negara sudah mula boleh dapatkan model Hot Wheels Proton Saga edisi khas yang dilukis oleh pemenang pertandingan ‘Hot Wheels X PROTON Kids Design Competition’ pada tahun lalu.

Walaupun dijual pada harga mampu milik, serendah RM9.90 sahaja, didapati ‘scalper’ sudah mula menjual semula model Hot Wheels tersebut setinggi ratusan ringgit

Baca Juga:

Menerusi beberapa platform jualan online, ramai scalper mula menjual Hot Wheels yang bukan edisi terhad itu dengan pelbagai harga mencecah ratusan ringgit.

Sumber Gambar: Shopee
Sumber Gambar: Shopee
Sumber Gambar: Carousell

Menerusi komen-komen dikongsikan netizen, ramai berasa hampa kerana semakin banyak scalper cuba mengambil untung atas angin terhadap mainan yang harga asal tidak sampai RM10 pun.

Sehubungan itu netizen mahu pihak berkuasa dapat memberikan solusi dalam menangani masalah scalper yang ‘memborong’ mainan tersebut sehingga peminat Hot Wheels yang lain tidak dapat membelinya.

Dakwa netizen, didapati segelintir scalper mendapatkan stok Hot Wheels melalui pintu belakang. Sekaligus ia menjadi punca mainan itu sukar didapatkan di pasaran seluruh negara.

Sumber Gambar: IG @vocketcarclub
Sumber Gambar: IG @vocketcarclub
Sumber Gambar: IG @vocketcarclub

Untuk makluman, blister card untuk Hot Wheels Proton Saga ‘Malaysia’ itu direka khas oleh Saw Jane Harn — juara Hot Wheels X PROTON Kids Design Competition pada tahun lalu — sempena ulang tahun ke-40 @mattel di Malaysia.

Saw Jane Harn yang baru berusia 9 tahun, dari Pulau Pinang itu menjadi kanak-kanak pertama di dunia menghasilkan rekaan blister card dengan lukisan tangan untuk Hot Wheels secara rasmi.

Terdahulu, model Proton Saga dengan blister card standard Hot Wheels yang juga bukan edisi terhad turut menjadi ‘mangsa’ pemerdagangan scalper dengan harga jualan mencecah ratusan ringgit.