Pengeluar kereta mainan terkemuka, Hot Wheels telah mengumumkan model Proton Saga kini boleh didapatkan di pasaran.

Model kereta itu dikategorikan sebagai ‘Hot Wheels Basic Car Dash B’, di mana ia bukanlah model keluaran kuantiti terhad mahupun rare di dalam keluarga Hot Wheels.

Baca Juga:

Bagaimanapun, itu bukan penghalang buat scalper kerana ada yang sudah menjual semula pada harga berlipat-lipat kali ganda — walaupun harga asal cumalah RM9.90 sahaja.

Sumber Gambar: FB Hot Wheels

Menerusi perkongsian warganet pada hantaran Facebook Hot Wheels, didapati ada pihak scalper menjual semula melalui platform jualan dalam talian pada harga mencecah ratusan ringgit.

Netizen meminta agar orang ramai yang mahu memiliki model kereta mainan itu agar tidak membeli pada scalper.

Ini kerana jika ramai yang membeli, ia seolah-olah ‘menyokong’ tindakan scalper terbabit.

Sumber Gambar: FB Hot Wheels
Sumber Gambar: FB Hot Wheels
Sumber Gambar: FB Hot Wheels

Untuk makluman, model kereta itu dicipta sempena ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia dan Proton. Model Saga adalah kereta Malaysia pertama yang dibuat sebagai koleksi Hot Wheels dalam tempoh 55 tahun kewujudannya.

Hot Wheels juga akan mengadakan sesi ‘live unboxing‘ pada 14 dan 15 Oktober ini pada pukul 10 pagi (Ahad) dan 5 petang (Sabtu).

Sumber