Bila sebut Korea Selatan, pasti yang terbayang adalah pemandangan indah dengan salji, serta wajah-wajah kacak dan cantik jelita seperti yang terpapar di dalam drama Korea yang penuh trajedi.
BACA ini juga : Apabila Laut Di Korea Selatan Ini Terbelah 2, Ramai Yang Teruja!
Bagaimana pula dengan hotel mereka? Selain dari menyediakan bilik penginapan yang bersih, kini pengusaha hotel di Korea Selatan telah menapak selangkah lagi dengan menyediakan bilik hotel dengan tema yang comel dan kreatif.
Jom kita lihat setakat manakah comel dan peliknya hotel mereka.
1. Banana Uyyu (Banana Milk)
Silap gaya ada yang sanggup angkut 2 dozen susu pisang semata-mata untuk dapatkan ‘real feeling’ tidur di hotel ni. Dengarnya ramai penggemar banana uyyu lepas balik dari Korea ;)
2. Kereta BMW
Tak dapat beli kereta, dapat tidur dalam hotel yang sediakan katil macam kereta pun best juga. Haha.
3. Camera Cozy
“Ehem, gila shoot gambar sampai tidur dalam kamera!” Ayat prank yang mungkin anda boleh gunakan nanti.
4. Katil Bola
Khas buat kaki bola
5. Botol Heineken
Boleh lah.
6. iPhone
Menarik kan?
7. Telefon
Mungkin sebelum tidur anda perlu cek dan pastikan hotel ni tak sediakan jam loceng yang berbunyi kuat macam telefon antik.
8. Mee Ramen
Pastikan anda kenyang sebelum tidur, ok ;)
9. Kasut Tumit Tinggi
Kaki shopping mungkin suka yang ini
10. Soju
Tidur dalam botol kita malam ni. Tiba-tiba teringat Aladdin.
11. Starbucks
“Hello mak, malam ni kita tidur kat Starbuck tau. Mak jangan lah risau ye”
12. American Style Truck
Kanak-kanak pasti suka yang ini
13. Bas Mini Voklswagen
14. Budweiser
15. Jeep In The Jungle (eh, in the hotel lah)
16. Frozen Wonderland
Kami yakin, pasti ada yang menyanyi “Let It Goooo” kat sini :D
17. Princes Carriage
Boleh lah berangan jadi Snow White kejap.
18. Keretapi Lego
19. Penjara
Ini penjara ‘first class’ namanya
20. Spongebob Squarepants
Sumber : TeachingTravel.com
Oh ya, sebenarnya tema bilik ini diperkenalkan oleh satu syarikat di Korea Selatan bernama Lamang Pen kepada para pemilik hotel bagi memberikan kelainan dan pengalaman berbeza kepada pengunjung hotel mereka.
Info lengkap tentang harga hotel ini boleh didapati di Cozy Design, Cozy The Meg dan Cozy Thema.
Like page The Vocket di Facebook.