Salah seorang ikon dalam dunia gusti profesional, Hulk Hogan meninggal dunia di usia 71 tahun.
Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, meninggal dunia selepas polis dan pasukan kecemasan dipanggil ke rumahnya di Clearwater, Florida.
Baca Juga:
- ‘Nak Bantu Kecil Tapi Kena Sidai’ – Penggusti Profesional Kesal Tak Ambil ‘Sponsor’ Dengan Jenama Besar

- Tersenarai Dalam 74 Prospek Terbaik, Bintang WWE Sarankan WWE ‘Recruit’ Ahli Gusti Berhijab Malaysia Ini

- Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

Hulk Hogan Alami Serangan Jantung
Polis Clearwater memberitahu bahawa responden pertama bertindak balas ke rumah Hogan selepas menerima panggilan mengenai serangan jantung.
Ahli Dewan Kemasyhuran WWE itu dirawat di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Morton Plant, menurut laporan polis.
Hogan kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.
Beberapa minggu lalu, isteri Hogan, Sky, menafikan khabar angin dia koma. Sky Menyatakan suaminya “kuat” ketika dia pulih daripada pembedahan.