Pengarah Urusan MIG, David Teo mengesahkan bahawa mereka menuntut pelakon sensasi, Hun Haqeem untuk membayar ganti rugi sebanyak lebih setengah juta ringgit atau spesifiknya RM613,950.

Ini kerana berlaku pelanggaran kontrak oleh pelakon itu yang membuatkan MIG menganggung banyak kerugian.

David Teo menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 27 November yang lalu. Ianya selepas Mahkamah Shah Alam memutuskan bahawa kes ini selesai tanpa ada pihak yang menang atau kalah.

MIG berjaya dalam rayuan mereka dan Hun kini diminta membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat bahawa MIG kemukakan bukti-bukti kos kerugian.

Bukan itu sahaja, Hun diminta membayar balik RM 30,240, bayaran tunggakan kepada pelakon itu yang pernah mereka bayar kepadanya.

Difahamkan pelakon itu sudah melangsaikan kira kira separuh daripada wang tersebut.

Dipetik dari laman Oh Bulan, David Teo berkata: “Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada syarikat kami (MIG) selepas rayuan yang difailkan kepada kami.

“Dia juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 yang mana wang tesebut merupakan bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini.

“Mahkamah Seksyen mendengar kes tersebut sebelum ini dan mengetepikan kes pelanggaran kontrak Hun dan MIG perlu membayar baki tunggakan Hun.

“Bagaimanapun, MIG mengemukakan rayuan semula dan memperlihatkan keputusan berpihak kepada syarikat kami.”

David Teo akui kecewa dengan Hun Haqeem yang meninggalkan MIG ketika masih ada kontrak. Sambil melabel pelakon itu ibarat kacang lupakan kulit. Sambil dia menyanyikan bait lagu kacang nyanyian dia sendiri.

David Teo mendedahkan bahawa, MIG banyak menanggung kerugian kerana Hun Haqeem meningglkan mereka ketika dia sedang meningkat naik.

Ketika dia keluar, banyak tawaran yang diterima untuknya, untuk menjadi duta produk. Namun Hun dilaporkan enggan melakukannya.

Akhirnya syarikat itu menanggung kerugian.