Viu Malaysia telah melancarkan drama baharu W: Two Worlds yang merupakan adaptasi dari drama Korea menampilkan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

W: Two Worlds versi Korea ialah melodrama romantik yang merentasi dimensi, berbeza ruang antara realiti dan maya. Pastinya peminat drama terkenal Korea itu ‘looking forward’ untuk melihat versi Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sudah mula ditayangkan, drama W: Two Worlds versi Malaysia telah menjadi bualan ramai orang terutama sekali peminat drama tersebut dimana berharap ada babak-babak ikonik dalam drama asal diadaptasi mengikut kesesuaian dengan budaya Malaysia.

@aeimxnzizs

scene kontroversi ⚠️ #wtwoworlds #daiyantrisha #hunhaqeem #fyp #wtwoworldsmalaysia

♬ оригинальный звук – scar1exa

Menjadi bualan ramai apabila babak di sebuah butik pakaian dimana Daiyan yang membawa watak Izara yang seakan ‘cium berlapik’ Hun Haqeem yang membawa watak Alif kerana mahu membuat perubahan emosi kepada Alif.

Untuk pengetahuan anda, pada drama asal, watak utama wanita telah mencium watak utama lelaki dan olahan yang dibuat dalam drama ini adalah ‘cium berlapik’.

Adegan tersebut menjadi topik perbualan netizen dimana ada netizen tidak bersetuju memasukkan adegan terbabit kerana ia dilihat tidak wajar dan tidak sesuai dengan budaya serta agama.

Akan tetapi, segelintir netizen tidak kisah adegan itu ditayangkan kepada umum.