Aktres dan penyanyi sensasi, Daiyan Trisha baru baru ini membuat promosi untuk produk Prada yang dianggap produk penyokong Israel.
Dalam post tersebut Daiyan Trisha menulis: “I keep my distance but you still catch my eye.”
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Merujuk kepada beg itu benar benar menarik walaupun dia cuba menjauhkan dirinya namun matanya masih tertarik.
Di ruangan komen ramai yang kecewa dengan Daiyan Trisha kerana mempromosi Prada yang dituduh sebagai pro Israel.
Mereka turut meminta Daiyan Trisha lebih sensitif berkenaan dengan isu di Gaza. Kerana sebelum ini dia pernah menyatakan dia seorang pro Palestin.
Ada juga menyatakan Daiyan Trisha tipikal artis yang sanggup buat apa sahaja demi duit.
Seorang lagi menulis di ruangan komen post Daiyan Trisha bahawa Prada Beauty adalah produk kerjasama dengan L’Oreal, yang merupakan kawan mesra Israel. Di mana mereka turut ada kilang di tanah Palestin yang dirampas Israel.
Namun begitu masih ramai juga yang memuji kecomelan beg tersebut dan dianggap sangat sesuai dengan Daiyan Trisha.
Seterusnya ada juga peminat Daiyan Trisha yang mempertahankan artis itu dalam mempromosikan Prada. Kerana menurut mereka, masih tidak jelas sama ada Prada benar benar menjadi antara syarikat yang menyokong Israel?
Kemudian ada yang meminta netizen jangan terlalu mencari kesalahan orang lain dalam isu boikot sampai diri sendiri pula pesan Milo ais ataupun Neslo Ais.
Sebelum ini Daiyan Trisha turut terpalit kontroversi dalam satu babak ciuman ‘berlapik’ dalam drama adaptasi.