Daiyan Trisha dikenali sebagai seorang artis sensasi yang aktif dalam dunia fesyen tanah akhir pada masa kini.
Daiyan Trisha gemar memperagakan gaya terkini dan dikongsikan dengan peminatnya menerusi laman sosialnya seperti Instagram.
Baca Juga:
- Didakwa Semakin ‘Sexy’ Selepas Pulang Umrah, Daiyan Trisha Sekali Lagi Jadi Perhatian Netizen
- Dipersenda Minta Sunting Gambar Ala Parasite Secara Percuma, Daiyan Trisha Tampil Beri Penjelasan
- Video Kemalangan Di Bukit Bintang Rupanya Babak Filem Terbaharu ‘War On Terror KL Anarki’
Daiyan Trisha juga sedar bahawa dia kerap menerima kritikan daripada netizen di atas gayanya yang kadangkala dianggap agak seksi.
Namun penyanyi jelita menyatakan bahawa kritikan itu tidak akan mematahkan dia agar terus meneroka lagi dunia fesyen. Ini kerana menurut Daiyan Trisha, fesyen merupakan salah satu cara dia untuk mengekspresikan dirinya.
Ini ditambah lagi dengan kerjayanya sebagai seorang model dan duta beberapa produk terkemuka, selain daripada menyanyi dan berlakon, yang pastinya tidak dapat dipisahkan dengan dunia fesyen dan karpet merah.
Penyanyi dan pelakon itu menyatakan betapa minatnya yang sangat mendalam dalam fesyen dan tidak akan berhenti untuk menerokai lagi dunia fesyen yang sangat luas.
Bercakap kepada Hlive pada baru baru ini, pelantun lagu Kerana Kau, Daiyan Trisha berkata:
“Saya cintakan fesyen. Dan saya rasa fesyen adalah satu ekspresi.”
“Dan saya sangat aktif terlibat dalam fesyen. Jadi saya rasa, ianya sudah menjadi gaya saya.”
Oleh sebab itu Daiyan menganggap kritikan daripada netizen ke atas dirinya tidak memberikan kesan kepada semangat dan minatnya ke atas dunia fesyen yang dia ceburi pada masa ini.
Daiyan Trisha menambah: “Dan saya rasa benda tu [kritikan] mengganggu saya untuk terus menerokai lagi minat saya dalam bidang fesyen.”