Semalam, kita dikejutkan dengan pengumuman pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober ini.
Lantaran peningkatan kes positif COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila Polis Bantuan (PB) di stesen dan dalam keretapi memakai helmet pengimbas suhu.
ππππ πππ₯π¨π©π¨π«π’ ππππππ‘ πππ«π€π’π§π’ πππ«ππ§π π’ ππ¨π―π’π-ππ
KTMB baru-baru ini melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. pic.twitter.com/oxL4ZSDncS
— KTM Berhad (@ktm_berhad) October 13, 2020
Difahamkan, anggota PB yang membuat rondaan dengan menggunakan helmet tersebut akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.
Inisiatif tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji inisiatif yang dilakukan oleh pihak KTMB. Malah, para netizen turut mengatakan helmet tersebut kelihatan style dan cool.
Boleh panggil robocop dah ni. Kalau dapat cermin mata x-ray yang boleh tengok disebalik baju lagi power. Tak..untuk dadah dan senjata atau barang merbahaya.
— Ammarhadi (@ammarhadididi) October 13, 2020
Good job, @ktm_berhad!
Next target, on time train arrival and departure! https://t.co/XJW7gTHz2x
— Adit Rahim (@AditRahim) October 13, 2020
Giler cool https://t.co/8wqzFYMXrm
— β¨harisβ¨ (@mhmdharis13) October 13, 2020
Kalau kentut kantoi nampak π€£ https://t.co/cIl0KOaHxa pic.twitter.com/K05UeSw78d
— Nass.G Tituenty (@nas_gunsmoke) October 13, 2020
Fuyooo…nampak macam Robocop. Syabas @ktm_berhad kerana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan penumpang. https://t.co/ANEO0i8J8r
— π°π'π πππ πππππππ…. (@Rasbima) October 13, 2020
Menurut KTMB, penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB. Apakah pendapat anda akan helmet pengimbas suhu tersebut?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan COVID-19 di negara kita pada pautan di bawah ini.
PKPB Bakal Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober
Kajian Melaporkan Wabak COVID-19 Mampu Berada Di Skrin Telefon Sehingga 28 Hari