Pagi tadi tular beberapa klip video menunjukkan sebuah Perodua Bezza dikejar hampir 20 unit kereta peronda polis yang didakwa berlaku di Cyberjaya.

Menerusi satu kemas kini terbaharu, polis telah menahan seorang lelaki dan wanita manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas anggota unit peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya pada Isnin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, ketika kejadian kereta Perodua Bezza dinaiki empat individu itu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum dikejar pihak polis.

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki melompat keluar dari kenderaan dan melarikan diri sementara lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

Terdahulu, tular beberapa klip video di beberapa lokasi berbeza sebuah kereta Bezza dikejar hampir 20 unit kereta peronda polis.

Dalam pada itu, beberapa klip rakaman video yang tular itu membuatkan ramai warganet teringat kepada adegan kejar-mengejar dalam permainan video Grand Theft Auto (GTA).

Kebetulan pula GTA 6 telah berkongsi trailerĀ rasminya pada pagi ini. Ternyata kualiti permainan video bertambah lebih baik dan ‘tip top’. Anda boleh tonton trailer itu di sini.

Sumber