Ibu kepada pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz, Siti Hafiza menyatakan bahawa dia sedia bermenantukan aktres Ruhainies.

Siti Hafiza kembali aktif di media sosial selepas menghilang sebelum ini. Siti Hafiza turut memberikan komen tentang apa yang berlaku kepada anak kesayangannya Aliff Aziz.

Baru baru ini Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah pun selesai proses perceraian di mahkamah. Dengan Bella Astillah menyatakan bahawa dia selepas ini tidak mahu untuk terlalu mencintai seseorang dengan terlalu mendalam, setelah apa yang menimpa dirinya.

Kini Siti Hafiza akui ada pihak mulai bertanya, adakah dia sedia untuk menerima Ruhainies sebagai menantu?

Siti Hafiza sedia untuk menerima Ruhainies dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk anaknya Aliff Aziz yang kini dalam proses untuk bangkit setelah apa yang menimpanya.

Dipetik dari sumber Mstar Online, Siti Hafiza berkata: “Bukankah jodoh, pertemuan, ajak, maut, perkahwinan, perceraian itu semua Allah yang tentukan?

“Kalau dah jodoh dah kan, dan saya tahu ramai yang mendoakannya.”

Ditanya adakah dia sedia untuk mengahwinkan Aliff Aziz dan Ruhainies di Selatan Thailand, Siti Hafiza juga tidak menolak, jika itu yang terbaik untuk Aliff Aziz.

“Ada yang cakap, kita nak kahwinkan anak di Selatan Thailand. Jika itu yang terbaik, kita aminkan,” tegas Siti Hafiza yang menganggap itu sebagai satu doa.

Beberapa bulan lalu Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah rumah. Kes itu telah membuatkan Bella Astillah menuntut cerai daripada Aliff Aziz.