Ibu kepada Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat Fathia Latiff mengutuk dan mengeji anaknya.

Lebih lebih lagi ketika ini Zahirah McWilson sedang sarat mengandung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Fathia muncul dalam video tiktok yang kontroversi. Di mana dia melenting dengan salah seorang pengikutnya yang memuji kecantikan Zahirah McWilson.

Dia menjawab: “Biar betul awak ni semua, bagi saya wajah dia macam bibik. Dan dia ada buat bibir di Australia. Jadi jangan nak menafikan hakikat bahawa saya jauh lebih cantik daripadanya.

Dalam siaran yang sama Fathia turut menyatakan dia bersyukur kerana Aiman Hakim menjadi milik Zahirah. Kerana dia memang tak sanggup berkahwin dengan lelaki yang menurutnya tidak ada duit dan berhutang dengan orang lain.

Selain itu, dia menggelar pasangan suami isteri itu sebagai katak dan kodok yang membuatkan pengangjur membuang namanya daripada senarai tetamu untuk acara dengan Versace sebelum ini.

Fathia Kutuk Zahirah McWilson Macam Bibik Dan Aiman Lelaki Pokai

Fathia mempertahan tindakannya kerana menurutnya negara Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara. Dan ianya termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

@roses_officials

Omg #fyp #trending #foryou

♬ my girl korean drama OST – rose♡

Tak tahan melihat anaknya dikecam dan dihina begitu, ibu Zahirah MacWilson meluahkan rasa kecewanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Maslinda sedih kerana anaknya terpaksa melalui perkara seperti ini ketika dia sedang sarat mengandung.

Maslinda menulis: “Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah kak Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza. Sedih betul mama dengar bola orang menghina, mengeji, memburuk burukkan anak dan menantu mama.

“Semuanya fitnah smeata mata. Lagi [lagi] kakak tengah mengandung sekarang. Janga bersedih ok. Mama dan ayah sentiasa ada di sini untuk kamu. Kami semua sangat sayangkan kamu.”

Seterusnya, Maslinda Yusoff menegaskan bahawa Zahirah seorang wanita yang cantik di luar dan di dalam. Seorang yang penyayang sebagai seorang anak perempuan, ibu dan seorang isteri.