Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan juga Ruhainies telah mengundang pelbagai reaksi netizen serta rakan selebriti. Malah, Zahirah Macwilson juga bersuara dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.

Susulan itu, Fathia Latiff dalam satu hantaran di Instastory miliknya dilihat membalas kenyataan Zahirah berhubung isu keretakan rumah tangga yang disebabkan orang ketiga.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, Fathia turut mendakwa Aiman pernah mengajak orang buat maksiat dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

“Perbuatan mengajak orang bermaksiat sebelum kahwin pun berdosa sis, sama macam suami awak.” tulis Fathia.

Terdahulu, muncul kontroversi melibatkan mereka apabila Fathia seolah-olah cuba memprovokasi Zahirah dan juga Aiman. Walau bagaimanapun, pasangan terbabit tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan dikeluarkan Fathia.