Walaupun kenderaan EV mula mendapat tempat di kalangan pengguna global, masih ramai juga yang tetap mahu guna kenderaan yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman dan menggunakan bahan api fosil seperti petrol atau diesel.

Para peminat kereta konvensional bakal menyambut berita terkini dengan gembira apabila dilaporkan dunia berkemungkinan mempunyai lebihan minyak yang besar menjelang 2030 dek kerana  pengeluaran meningkat, tetapi peralihan tenaga bersih meredakan permintaan.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →
Sumber Gambar: The Guardian

Menerusi laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), kapasiti bekalan minyak dunia dijangka meningkat kepada 114 juta tong sehari menjelang 2030.

Bagaimanapun, permintaan minyak global dijangka hanya berada pada tahap 106 juta tong sehari menjelang akhir dekad ini. Ekoran situasi tersebut, pasaran perlu bersedia dengan lebihan bekalan minyak dunia sebanyak 8 juta tong sehari.

“Memandangkan lantunan semula pandemik semakin mereda, peralihan tenaga bersih semakin maju, struktur ekonomi China berubah, pertumbuhan permintaan minyak global semakin perlahan dan dijangka mencapai kemuncaknya menjelang 2030.

“Syarikat minyak mungkin mahu memastikan strategi dan rancangan perniagaan mereka disediakan untuk perubahan yang berlaku,” kata pengarah eksekutif IEA, Fatih Birol.

Menurut AFP, jangkaan IEA itu muncul selepas kumpulan pengeluar minyak utama dunia, OPEC+ memberi isyarat bahawa mereka akan merungkai semula pengurangan pengeluaran bermula musim luruh nanti.

Menurut Harian Metro lagi, IEA menyatakan, negara-negara Asia yang pesat membangun seperti China dan India, bersama-sama dengan sektor penerbangan dan petrokimia masih akan memacu permintaan minyak, yang berjumlah 102 juta bdp pada 2023.

Bagaimanapun, peralihan ke arah kereta elektrik bersama dengan peningkatan kecekapan bahan api untuk kenderaan konvensional, dan penurunan penggunaan minyak oleh negara Timur Tengah untuk pengeluaran elektrik.

Perkara ini bakal membantu mengehadkan peningkatan permintaan keseluruhan kepada sekitar empat peratus menjelang 2030. Ramalannya untuk 2025 juga diturunkan kepada satu juta bpd daripada 1.2 juta bpd dalam laporan bulan Mei