Apabila restoran Gordon Ramsay dibuka di Malaysia tahun lalu, ramai yang pasang niat untuk makan di sana dan mencuba menu signature di restoran tersebut, Beef Wellington.

Namun, harganya yang mahal iaitu sekitar RM300 untuk menu tersebut, sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang terpaksa lupakan hasrat untuk mencuba menu unik tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Tanpa disangka, IKEA Malaysia telah berkongsi satu perkongsian di mana mereka turut menawarkan menu Beef Wellington pada harga yang mampu milik untuk semua pelanggan IKEA.

“Tawaran eksklusif masa terhad untuk bulan Februari ini, belanja kesayangan anda (atau diri anda sendiri) dengan pengalaman kulinari indah yang boleh dinikmati oleh semua,” tulis IKEA.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan penawaran itu dan dalam pada masa yang sama tidak mahu terlepas peluang untuk mencubanya. Buat ahli IKEA price, menu ini ditawarkan pada harga RM46.90 sahaja (RM48.90 harga normal).

@firdaushassan661

IKEA Beef Wellington #ikea #beefwellington

♬ Beautiful Day mjhanks remix – mjhanks

Melihat perkongsian pengguna di TikTok, ada yang sudah mencuba menu khas ini dan berkata dengan harga yang anda bayar, tidak boleh menyamakan kualitinya dengan apa yang ditawarkan di restoran Gordon Ramsay.

Tetapi cukuplah sekadar buat ‘rasa-rasa’ dan mencuba sesuatu yang baharu. Jika ada rezeki lebih, boleh mencuba menu signature Beef Wellington ini di Gordon Ramsay Bar & Grill, Sunway City Kuala Lumpur.