Proton Saga cukup sinonim sebagai kereta rakyat Malaysia. Bahkan model itu kini turut mendapat permintaan beberapa buah negara luar.

Baru-baru ini tular video iklan Proton Saga yang padat dengan aksi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Baca Juga:

Proton Saga. Berani pada harganya. Berani dengan penyelenggaraannya. Berani dengan pilihannya. Berani dengan nilainya. Proton Saga – kereta paling berani di Mesir,” kata watak utama dalam video iklan tersebut.

@protoninternational

The Proton Saga – Your Reliable Companion on Every Journey! Proudly assembled in Egypt and featured in this commercial by the Egyptian action superstar Ahmed El Sakka. #ProtonInternational #ProtonEgypt

♬ original sound – Proton International – Proton International

Video itu merupakan iklan komersial untuk Proton Mesir. Lebih menarik lagi, ia menampilkan pelakon aksi terkenal Mesir, Ahmed El Sakka.

Ramai teruja iklan Proton penuh ‘action‘ itu

Netizen Malaysia berasa teruja melihat iklan tersebut. Orang ramai tidak menyangka akan ada iklan komersial yang luar daripada kebiasaan.

Warganet berharap agar pasukan pemasaran Proton Malaysia dapat menghasilkan iklan menarik sebegini pada masa akan datang.

Pada masa netizen turut berasa mahu menggunakan Proton Saga selepas melihat iklan tersebut.