Pemain warisan negara, Imanol Machuca berjaya menjulang trofi bersama kelabnya iaitu Velez Sarsfield.
Velez turun menentang Estudiantes LP dalam aksi Supercopa Internacional 2024 di Estadio Libertadores de América baru-baru ini.
Baca Juga:
- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA

- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia

- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
Imanol Machuca Bantu Veles Menang
Velez berjaya menewaskan Estudiantes dengan keputusan 2-0 hasil jaringan dari Tomas Galvan pada minit ke-52 dan Braian Romero meledakkan gol kedua pada minit ke-73.

Lebih manis, ini merupakan trofi pertama Machuca bersama Velez selepas menyertai kelab itu secara pinjaman pada Januari lalu.
Supercopa Internacional merupakan pertandingan membabitkan juara Argentine Primera Division dan juara Trofeo de Campeones.

Edisi kali ini menyaksikan Velez dan Estudiantes masing-masing hadir dengan status bergelar juara liga dan Trofeo de Campeones edisi 2024.