Pergi ke mana negara sekalipun, anda semestinya perlu membuat pengesahan sama ada dengan cop atau guna aplikasi sebagai bukti masuk secara sah.
Bagaimanapun, seorang warga tempatan telah membongkar satu helah yang didakwa dilakukan oleh sebahagian pegawai imigresen di sempadan Thailand yang sengaja enggan mengecop pasport pelancong yang datang mahu ke sana.
Saudara Suresh di TikToknya berkongsi pengalaman berdepan dengan insiden tersebut dan sedia bercerita lanjut bagaimana perkara ini sepertinya sudah dirancang oleh mereka.
“Yang ini satu peringatan kepada semua Malaysian, my brothers and sisters, for you all. Ini dah kena skam ke? Ini cerita benar, kisah benar ya. Ini pengalaman Suris, melepasi border betung nak masuk Thailand.
“Dah masuk macam tu je satu kali. Bila keluar kena tahan. Tahu tak pasal apa? Passport yang Suri bawah tu tak dicop.
“First, negara kita akan cop passport kita. Sekarang mungkin dah ada digital. Tapi macam Thailand, mereka gunakan cop lagi. Right? Masuk macam tu je. Bila keluar, dah ditahan. Kena tahan. Tahan-tahan dia beritahu, tak ada cop dalam passport.
” Mengatakan you langsung tak masuk Thailand. Macam mana you boleh keluar balik dari Thailand. Faham tak? Strategi yang dia pakai tu,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia percaya perkara ini sudah menjadi seperti satu sindiket berkumpulan yang mahu membuat duit tepi dengan para pelancong.
Tambahnya lagi, ini bukanlah kesalahan sesekali sahaja, tetapi lebih 5 hingga 6 orang yang mengalaminya dalam satu hari.
“Terjadi benda yang sama. First, bila tahan, mereka cakap, cop tak ada tuan. Eh macam mana? Bukan salah saya. Yang tu salah pegawai awak. Dia yang kena bertanggungjawab, saya beritahu mereka. Dia cakap kalau macam tu, you pergi cari dia.
“Mana nak pergi cari? pegawai mana-mana. Kita bagi passport, lepas cop belah tu. Betul tak? Lepas tu, ikut prosedur, protokol Thailand.
“Kena bayar 25,000 baht. Duit Malaysia pun lebih kurang, dekat 3,000 lebih. Dekat 4,000. Ringgit dia. Tu protokol. Dia saja gempakkan kita. Kemudian, ajak kita masuk ofis dia, slow talk. RM500 on the spot. Bukan seorang.
“Isteri saya kena. Terus kira-kira, fikir balik. Satu hari saya duduk sana. Pada pagi sampai petang, kira-kira. Lima, enam orang kenal benda yang sama. Tapi dia buat pandai,” ujarnya.
Dakwanya lagi, mereka juga sudah merancang untuk membawa mangsa-mangsa pergi lokasi pejabat yang berbeza jadi ia tidak menimbulkan syak wasangka atau terhidu kegiatan licik mereka itu.
Oleh itu, dia mengingatkan orang ramai untuk menyemak dengan teliti dan pastikan pasport telah dicop sebelum beredar dari kaunter imigresen di negara jiran.
” Kitalah yang kena pandai-pandai. satu permintaan daripada suriis. Kalau boleh, yang nak masuk melalui border betung tu.
“Biar betul-betul you all tengok passport you all dah dicop ke belum. Tangkap gambar. Kalau tak cop, minta balik ke dia.
“Confirm dia akan beritahu. Sorry, terlupa. So, dia dah test dah benda ni semua guys. Border betung. Scam gila-gila. Tak 100%. Ini pendapat saya. Bila saya tengok, saya nampak. Bila terjadi benda tu, bukan sekali.
“Dua kali, tiga kali. Kali ni isteri saya, saya bawa satu family. Keluar-keluar tahan. Takkan satu orang tak cop, orang kedua pun tak cop. Orang ketiga tak cop kot. Enam orang dalam satu ni tak cop sengaja.
” Kalau seorang dia dapat RM500, berapa ribu dah? Memang sedikit lah guys. Tolonglah guys. Kalau masuk, first time or second time, tolong check passport anda.
Dia juga bercerita semula bagaimana pada bulan lalu turut menghadapi benda yang sama dan telah membayar 10,000 baht denda.
@therealsurresh SILA PASTIKAN pasport anda telah dicop dengan betul sebelum beredar. Semakan cop pasport adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Jika anda keluar tanpa cop yang sah, anda mungkin menghadapi masalah semasa pemeriksaan seterusnya atau ketika melalui imigresen. #kitajagakita #malaysia #thailand #betong
Isu serius ini telah menjadi perhatian ramai dan netizen berharap agar dia dan pihak kedutaan Malaysia sedia membantu menyelesaikan perkara itu kerana dikira sudah menganiaya pelancong yang datang ke sana.