Sebelum ini, nama penyanyi Indonesia Virgoun terlibat kontroversi apabila isterinya, Inara Rusli mendedahkan dia curang dan melanggan beberapa orang wanita untuk memuaskan nafsu.
Terbaharu, Virgoun memburukkan isterinya dengan menuduh Inara seorang yang pemarah dan menjadi punca bertukar pembantu rumah sebanyak 50 kali.
Baca Juga:
- Virgoun Langgan Wanita Lain, Isteri Terpaksa Buka Purdah Untuk Cari Rezeki Sara Anak-Anak
- Mahu Bina Rumah Perlindungan Haiwan, Ini Impian Cakra Khan Jika Menang America’s Got Talent
- Good Vibes Festival Dibatalkan, Kid Laroi Buat Konsert Percuma Di Lobi Hotel Ubati Kekecewaan Peminat
Menurut laporan, penukaran pembantu rumah itu berlaku dalam masa tiga tahun. Susulan itu, Inara menafikan tuduhan berkenaan dan mengatakan ia fitnah yang cuba disebarkan Virgoun.
“Tak mungkin saya kerap sangat tukar sampai 50 orang. Saya cuma nak yang terbaik untuk anak-anak saya. Soal pembantu saya memang berhati-hati sebab mahukan yang terbaik.” ujar Inara.
Ketika ini proses penceraian mereka berdua masih berlangsung di mahkamah. Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.