Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun, Inara Rusli memaklumkan terpaksa membuka purdah demi mencari reezeki bagi membesarkan anak-anak. Keputusan tersebut dibuat selepas dikatakan Virgoun telah curang bersama perempuan yang lain.
Terbaharu, Inara Rusli mendedahkan berasa bersalah terhadap kemusnahan rumah tanggan yang dibangunkan sejak sembilan tahun lalu atas kesalahan yang didakwa daripada beliau sendiri.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
Menurut Inara, beliau kurang berhias sepanjang perkahwinan membuatkan Virgoun memilih untuk curang bersama wanita lain.
“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.
“Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.
Walau bagaimanapun, Inara mengakui mempunyai sebab tersendiri di mana beliau memaklumkan kekangan masa antara yang menjadi punca.
“Menyusukan dua orang anak sudah cukup penat, inikan pula nak cari masa berhias.
“Oang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” katanya.
Dilaporkan Virgoun telah memfailkan cerai terhadap Inara Rusli pada Mei lalu selepas wanita ini mendedahkan kecurangan yang berlaku secara terbuka.
Sebagai rekod, rumah tanggan dua individu ini bertahan selama sembilan tahun sejak dari tahun 2014 di mana pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga cahaya mata.