Ramai peminat Coldplay di sini yang berduka kerana tidak dapat membeli tiket konsert dan lebih mengeruhkan keadaan lagi timbul sejumlah individu yang menjual semula pada harga berlipat kali ganda.

Perkara ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat terhadap scalper atau ulat tiket yang menjadi punca ramai tidak dapat membeli tiket konsert itu walaupun sudah menunggu sejak awal lagi.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi akaun Twitter @khawasake, beliau telah mendedahkan taktik kotor ulat tiket yang menjadi punca tiket konsert habis terjual dalam masa singkat.

Difahamkan golongan ini sebenarnya menggunakan bot tiket untuk membelinya. Menurutnya, mereka menggunakan bot tiket untuk menyamar sebagai pengguna sebenar dengan menggunakan alamat IP yang sama untuk berbilang akaun dan biasanya beratur pada masa yang sama.

Sepatutnya semua pembeli sebenar akan berpeluang diberi 15 minit untuk menunggu giliran membeli tiket mereka, tetapi scalper yang menggunakan bot tiket, akan menerima giliran pada bila-bila masa dan disebabkan itu mereka berjaya membeli sehingga 400 tiket.

Tambahnya, scalper juga menggunakan spinning bots sebagai penafian inventori untuk menafikan pembeli daripada membeli tiket mereka.

Penafian inventori melibatkan penggunaan bot untuk menambahkan tiket pada troli dan menjadikannya tidak tersedia untuk pembeli membelinya. Apabila ini berlaku, pembeli akan melihat bahawa tiket sudah tidak tersedia.

Situasi ini menyebabkan pembeli terpaksa mengalah dengan scalper yang menggunakan bot tiket dan internet pantas. Memandangkan kes ini menjadi topik hangat di kalangan netizen, SKMM diarahkan untuk mengambil tindakan terhadap scalper di luar sana.