Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan telah menyenaraikan Indonesia sebagai antara negara yang membida hak penganjuran Piala Dunia Futsal FIFA 2028.

Selain negara jiran tersebut, Sepanyol bersama-sama Perancis, Maghribi, dan Kuwait turut mengintai peluang untuk menganjurkan kejohanan futsal paling berprestij itu.

Indonesia Bida Hak Penganjuran Piala Dunia Futsal 2028
Kredit Foto: Futsal Thailand

Indonesia Bersaing Rebut Hak Penganjuran Piala Dunia 2026

Indonesia yang masih belum pernah layak ke saingan Piala Dunia Futsal semakin menonjolkan kemampuan mereka selepas mara ke perlawanan akhir Piala Asia Futsal 2026 di laman sendiri pada 7 Februari lalu.

Malah skuad kendalian Hector Souto itu memberikan saingan yang cukup sengit buat Iran hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum tumpas 4-5.

Menurut sumber laporan Asean Football, bagi mengukuhkan bidaan, Indonesia dijangka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga gelanggang futsal bertaraf antarabangsa yang memenuhi piawaian untuk menganjurkan perlawanan di peringkat tertinggi.

Indonesia Bida Hak Penganjuran Piala Dunia Futsal 2028
Kredit Foto: AFC Asian Cup

Setakat ini Jakarta sudah memiliki Indoensia Arena yang mampu memuatkan 16,500 orang penonton dalam satu-satu masa.

Jika berjaya dipilih sebagai tuan rumah, ia akan menjadi detik bersejarah buat futsal negara tersebut kerana mampu mempercepatkan pembangunan infrastruktur, meningkatkan populariti sukan itu.

Malah ranking dunia futsal bagi skuad garuda itu juga semakin melonjak tinggi apabila mereka kini menghuni tangga ke-14 susulan kemaraan jauh dalam Piala Asia Futsal tempoh hari.