Dengan mudahnya akses kepada telefon pintar, sesiapa sahaja boleh mencipta konten untuk mendapatkan populariti dan meraih pendapatan. Tetapi wujud segelintir individu yang mungkin ketandusan idea sehingga sanggup melakukan perkara bodoh.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang video seorang influencer yang membuat konten prank di kawasan awam namun menimbulkan pertikaian orang ramai.

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik oleh influencer bernama Hazreal ini, dia telah melakukan prank mengacau orang di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Disebabkan diorang taknak boikot, so, kita nak kacau diorang yang tengah membeli,” katanya di permulaan video.

Dalam video tersebut, kelihatan Hazrael menghampiri seorang mat saleh di hadapan kaunter restoran terbabit sebelum bertindak menyentuh bahu dari belakang.

Mat saleh itu dilihat kurang selesa dengan tindakan Hazreal namun harus tetap berada di situ untuk menyelesaikan pembayaran makanan yang dipesannya.

Namun begitu, Hazreal sekali lagi menyentuh mat saleh berkenaan sehingga menyebabkan lelaki itu berasa berang dan lantas memberi amaran kepadanya.

“Kalau awak pengang saya lagi, siap awak,” kata mat saleh itu.

Tidak terhenti di situ, Hazreal turut melakukan perkara sama terhadap beberapa individu-individu lain yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang.

@hazraelofficialsrec

Comment prank/social experiment ape lagi korang nak tengok 🙌🏻

♬ original sound – HAZRAEL – HAZRAEL

Dalam satu video berasingan yang dikongsikannya, dapat dilihat mat saleh berkenaan memberi amaran kepada orang awam agar berhati-hati kerana menyangka Hazrael merupakan penyeluk saku (pick pocket).

“Jaga-jaga ada penyeluk saku,” kata mat salleh itu lagi sambil menunding jari kepada influencer berkenaan.

Tindakan sedemikian sudah pasti mengundang rasa tidak senang kepada mat saleh itu malahan bakal memberikan persepsi yang buruk terhadap Malaysia.

@hazraelofficialsrec

Nak tahu kenapa jadi macamni? See previous video 😂😂

♬ original sound – HAZRAEL – HAZRAEL

Susulan penularan video itu, ia telah mengundang kecaman di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya membidas tindakan Hazreal menyentuh dan mengganggu orang awam demi konten.

Malah, kebanyakan netizen juga berpandangan bahawa mereka juga akan marah sekiranya diganggu sebegitu yang melibatkan sentuhan badan.

Influencer Buat Konten Kacau Orang Sebab Tidak Boikot McD Undang Kecaman Netizen
Sumber Gambar: TikTok
Influencer Buat Konten Kacau Orang Sebab Tidak Boikot McD Undang Kecaman Netizen
Sumber Gambar: TikTok

Bukan itu sahaja, sebahagian netizen berpendapat tindakan memboikot sesebuah jenama adalah pilihan peribadi dan ia bukan satu tiket buat pemboikot untuk mengganggu mereka yang tidak menyertainya.

Sumber