Mahu jual telefon terpakai sememangnya tidak mudah yang disangka. Namun, jika anda sertakan bersama konten panas  sudah pasti menarik minat ramai orang lebih-lebih lagi yang kaki gatal.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @sondesix, beliau menjumpai satu tangkap layar yang menawarkan sebuah telefon pintar terpakai bersama gambar panas si pemiliknya. Dapat dilihat gambar panas itu memenuhi ruangan galeri  telefon tersebut dan ditawarkan sebagai pakej untuk pembeli ‘bertuah’.

Baca Juga:

Malah, pemilik yang berasal daripada Indonesia itu tanpa segan silu mempromosikan telefon pintar tersebut secara terbuka di IG dan cuba menjualnya kepada pengikut akaun. Di samping itu. dikatakan telefon pintar itu berada dalam keadaan 99% masih bagus untuk menarik lagi minat orang untuk membelinya.

Perkara ini sekaligus mencuri perhatian pengguna internet yang mana sangat terkejut dengan teknik penjualan itu.  Di samping berjaya menarik minat ramai untuk mendapatkannya, ada yang risau akan salah guna gambar tersebut untuk tujuan penipuan.

Sumnber Gambar: Twitter @Sondesix
Sumnber Gambar: Twitter @Sondesix

Anda diingatkan jangan sesekali cuba membuat jualan peranti terpakai sebegini kerana bukan sahaja menjatuhkan maruah diri malahan identiti anda boleh disalah gunakan di dalam talian. Ketahuilah bahawa keselamatan identiti jauh lebih berharga jika nak dibandingkan dengan harga sesebuah peranti itu.