Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) membuat laporan polis selepas timbul dakwaan segelintir restoran mamak membungkus nasi menggunakan seluar dalam dan kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyifatkan dakwaan dibuat influencer di TikTok itu sebagai tohmahan yang tidak masuk akal dan berniat jahat, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami tidak tahu apa tujuan dia. Bagi saya ini satu tohmahan yang melampau dan kami akan susuli dengan tindakan mahkamah walaupun dia padam (video), tiada ruang untuk kami tarik balik laporan polis.

“Kita tidak akan berdamai dengan dia kerana fitnah yang dilakukan itu terlalu mengaibkan dan kita mahu jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua blogger atau influencer TikTok,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Memetik laporan, Jawahar menyatakan hampir 100 laporan polis sudah dibuat oleh ahli PRESMA di seluruh Malaysia dan beliau menjangkakan lebih ramai lagi akan tampil membuat laporan.

Katanya, tohmahan itu perlu disiasat dengan teliti kerana ia menjatuhkan kredibiliti pengusaha restoran mamak selain dilihat menyentuh sensitiviti perkauman 3R (agama, kaum, diraja).

Terdahulu, satu video TikTok berdurasi dua minit 20 saat meminta orang ramai tidak berkunjung ke restoran mamak yang didakwa melakukan empat kelakuan jijik.

Video itu mencecah 1 juta tontonan dan dikongsi hampir 30,000 kali sejak dimuatnaik influencer berkenaan sejak Khamis lalu.

Influencer itu menerusi video terbabit mendakwa ada restoran mamak yang menggunakan seluar dalam lelaki berwarna putih untuk membalut nasi, dan menggunakan air kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.

Selain itu influencer terbabit mendakwa ada bekas pekerja restoran mengakui sendiri bahawa bekas majikannya menggunakan air mandian untuk memasak kuah selain mendakwa kuah dal dicampur dengan najis yang dibekukan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah dipadam oleh influencer tersebut.

Sumber