Seorang pemengaruh media sosial yang sebelum ini tular kerana tidak diangkat menjadi pemenang dalam salah satu acara Anugerah Perdana Belia Negara 2023 didakwa telah mengambil karya orang tanpa izin.

Dalam sebuah video yang disiarkan oleh @khairul_afsan di laman TikTok miliknya, di bawah tajuk “karya aku ‘diciduk’ influencer terkenal”, beliau mendakwa pemengaruh media sosial iaitu Zhiddin Aziz telah mengambil teks ucapannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sewaktu saya menjadi jurulatih pada 2011, teks ini adalah karangan saya bersama dengan saudara Amiruddin yang merupakan juara dunia ketika itu. Saudara, saudara adalah orang yang dikenali, disanjung sana sini. Lain kali, ciptalah sesuatu yang asli kerana ia adalah yang tersendiri,” katanya.

Di dalam klip yang berdurasi 1 minit 26 saat itu, Khairul turut memuat naik beberapa video di mana Zhiddin telah menyampaikan ucapan di salah sebuah majlis sambil melontarkan bait kata yang telah ditulis olehnya.

Khairul juga memuat naik satu video lama yang memaparkan Amiruddin, sahabatnya itu telah membaca teks yang sama yang dibaca oleh Zhiddin.

Di akhir video terbabit, Khairul juga berpesan, “bak kata pepatah gelagah buah rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak,” katanya yang membawa maksud meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka.

Bagaimanapun, melalui tangkap layar yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial X, difahamkan bahawa Zhiddin sudah membuat permohonan maaf ke atas apa yang berlaku.

Dia memberi alasan bahawa dia merujuk ayat-ayat ini kerana ia sering diucapkan oleh orang-orang disekelilingnya tanpa tahu siapakah pemilik asalnya.

“Maaf tuan, seikhlas hati hanya menyambut bahasa ilmu, sejujurnya tidak tahu siapa pemilik kerana ayat ini sering diguna orang sekeliling saya.

“Maka saya sering berpesan kepada yang bertanya. “Saya banyak belajar peribahasa dan ayat yang ada dari orang sekeliling”. Sentiasa menceritakan proses alami

“Saya sangat bahagia apabila dapat tahu mana datang pokok puncanya. Saya pasti akan terus ingat nama abang untuk jadikan rujukan. Terima kasih abang kerana terus mewarnakan bahasa ilmu dalam kalangan saya dan rakan-rakan,” katanya.