Sejak kebelakangan ini, nama influencer Syamimi menjadi sebutan ramai apabila sebelum ini dikecam duduk rumah PPR tetapi memiliki barangan elektrik berjenama mewah.

Namun, menerusi satu temu bual sebuah program baru-baru ini, Syamimia mendedahkan peti ais yang dimilikinya itu hanyalah jenama tempatan.

Baca Juga:

Katanya lagi, beliau hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG untuk ditampal pada peti ais rumahnya agar nampak kelihatan sama.

“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.

“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” katanya.

Susulan pendedahannya itu, rata-rata netizen mengecam influncer media sosial itu serta mendakwa Syamimia seorang yang mengejar populariti di samping menyalah gunakan logo jenama sesuka hati.

“Sebab itu jangan mudah percaya sangat influencer ini. Banyak yang tipu dari betu. Sama la tang tunjuk duit berkepuk-kepuk sebenarnya gambar ‘google’, ” perli warga maya lain.

“Jangan beli peti ais M40 tukar emblem T20,” ujar ringkas satu komentar lain.

Sumber