Pemengaruh media sosial Perancis Remi Lucidi meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 68 bangunan pencakar langit Hong Kong, menurut laporan The Guardian.

Lelaki berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai “Remi Enigma” di Instagram, kehilangan nyawanya pada petang Khamis di Menara Tregunter setinggi 721 kaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas mendapat akses untuk masuk ke bangunan tersebut selepas menipu pengawal keselamatan bahawa dia berada di sana untuk melawat rakan di tingkat 40, Lucidi terus menuju ke tingkat atas.

Lucidi kemudiannya dikesan oleh kamera pengawasan sedang bergerak keluar dari lif di tingkat 49 dan sekali lagi di tangga ke tingkat atas, di mana dia membuka pintu tersebut secara paksa.

Dia yang dianggap sebagai atlet sukan lasak bagi sesetengah orang telah banyak mendokumentasikan pencapaiannya dengan hasil gambar yang menakjubkan.

Tidak pasti bagaimana dia terjatuh. Namun Lucidi dikatakan sempat berpaut pada salah satu tiang dan mengetuk tingkap rumah. Tindakannya itu disedari oleh seorang pembantu rumah, dia kemudiannya terus menelefon polis.

Bagaimanapun, Lucidi gagal mengimbangkan diri lalu terjatuh dan mati. Mayatnya dan kamera yang digunakan untuk merakam segala aktivitinya ditemui di kawasan berdekatan.

“Kemungkinan dia terperangkap di luar penthouse ketika berlatih sukan lasak di dalam bangunan, dan dia mengetuk tingkap untuk meminta pertolongan, tetapi secara tidak sengaja terjatuh,” kata sumber kepada The South China Morning Post.

Untuk rekod, pada bulan Mac yang lalu, dia berkongsi sebuah foto yang memperlihatkan dirinya tergantung di puncak menara berhampiran Chernobyl di Ukraine, dengan kapsyen “Zon Selesa Saya.”

Gambar terbaru menunjukkan dia di atas bumbung dan menara di Bulgaria, Bangkok, Dubai dan Portugal.

Bulan lalu, dia menyiarkan swafoto semasa memanjat menara di Bulgaria dan menambah kapsyen, “Hidup terlalu singkat untuk mengejar unicorn 💀” tulisnya.