Tindakan seorang influencer menyamar menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundang kritikan daripada netizen.
Ada yang mempersoalkan tindakan tersebut. Kerana jelas sekali ianya satu kesalahan di sisi undang undang.
Influencer tersebut menyamar menjadi polis dan memeriksa beg orang awam yang lalu di situ.
Berdasarkan video yang di-klip dan dikongsikan, influencer tersebut melakukan penyamaran sebagai anggota polis itu secara ‘live stream’ dan ditonton lebih 1,600 orang.
Walaupun semata-mata untuk konten….tapi boleh ke menyamar jadi polis, siap pakai vest apa semua? pic.twitter.com/YQE8VhgmpP
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 22, 2026
Ramai meminta PDRM bertindak ke atas influencer tersebut walaupun ianya sekadar konten ‘prank’.
Menyamar sebagai anggota polis adalah satu kesalahan serius di sisi undang-undang dan boleh membuatkan pelaku dihukum dengan berat.
Pelaku boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, mana-mana individu yang menyamar sebagai penjawat awam, termasuk pegawai polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan ini merangkumi pelbagai bentuk penyamaran seperti memakai uniform polis tanpa kebenaran, menggunakan lencana atau kad kuasa palsu, atau mengaku mempunyai kuasa sebagai anggota polis.
Selain itu, jika penyamaran tersebut dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keuntungan atau menipu orang lain, pelaku juga boleh didakwa di bawah peruntukan lain seperti Seksyen 171 Kanun Keseksaan atau bahkan Seksyen 420 (penipuan).
https://x.com/i/status/2046793005387096114
Dalam kes sebegini, hukuman yang dikenakan biasanya lebih berat kerana melibatkan unsur penipuan dan penyalahgunaan kepercayaan.
Perbuatan ini juga boleh melanggar Akta Polis 1967, khususnya jika melibatkan penggunaan pakaian seragam, lambang, atau peralatan polis tanpa kebenaran rasmi.