Pemengaruh media sosial dari Rusia yang terkenal dengan diet makanan mentah berasaskan tumbuhan, Zhanna Samsonova (atau Zhanna D’art) dilaporkan meninggal dunia akibat ‘kebuluran’ selepas hanya mengamalkan makan buah-buahan di Malaysia.
Menurut laporan New York Post, pemengaruh dari Rusia itu berusia 39 tahun dan meninggal dunia pada 21 Julai (Jumaat) selepas dikejarkan ke hospital semasa lawatannya ke Asia Tenggara. Sepanjang hayatnya, dia banyak mempromosikan makanan mentah di media sosial kepada jutaan pengikutnya.
Baca Juga:
- Demi Beli iPhone 14, Pasangan Ini Sanggup Jual Bayi Berusia 8 Bulan
- Pelancong Rusia Tular Minta Sedekah Di Malaysia, Minta Tampung Perbelanjaan ‘Travel’ Mereka
“Beberapa bulan lalu, di Sri Lanka, dia sudah kelihatan letih, dengan kaki bengkak. Mereka menghantarnya pulang untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia melarikan diri lagi. Apabila saya melihatnya di Phuket, saya rasa ngeri.”
“Saya tinggal satu tingkat di atasnya dan setiap hari, saya risau akan menemui mayatnya yang tidak bernyawa pada waktu pagi. Saya meyakinkannya untuk mendapatkan rawatan, tetapi tidak berjaya,” kongsi rakan Samsonova.
Punca kematiannya masih belum diisytiharkan tetapi ibunya percaya dia meninggal dunia kerana ‘jangkitan seperti kolera’.
Seorang lagi rakan Samsonova menjelaskan, sejak 7 tahun lalu, dia hanya makan nangka dan durian.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka dan tidak pernah beralih kepada tabiat yang saya gunakan dahulu,” Samsonova pernah berkata mengenai dietnya.
“Saya makan makanan ringkas, walaupun saya mempunyai banyak pengalaman sebagai tukang masak makanan mentah. Saya suka mencipta resipi saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat.”
Malangnya, ramai rakannya percaya diet makanan ‘sihat’ yang diamalkan olehnya adalah punca kematiannya.