Netizen di X mengecam tindakan seorang influencer yang mempersoalkan undang undang negara lain dengan melabelnya sebagai peraturan atau undang undang bodoh.

Seorang influencer yang sohor dengan konten berkaitan kereta telah membuat konten berbaur ‘rage bait’ tentang peraturan di negara United Kingdom atau UK.

Tak hormat peraturan negara lain

Di mana dia menegaskan bahawa ada 6 peraturan atau undang undang bodoh di UK dan ia dianggap tak hormat negara lain.

Pertamanya, wanita mengandung boleh kencing merata rata termasuk dalam helmet polis. Dia mempersoalkan undang undang tersebut.

Seorang pengguna reddit menjelaskan bahawa, seorang wanita mengandung memang sentiasa diberikan kelebihan di tempat awam. Ini termasuk ketika di dalam pengangkutan awam dan sebagainya.

Dan jika mereka terasa mahu membuang air kecil sekalipun, dalam keadaan darurat, dia boleh meminta bantuan pegawai polis. Dan polis tidak dilarang untuk menggunakan harta kerajaan iaitu helmet untuk dijadikan tempat kencing.

UK

Dan sudah tentunya helmet itu akan dibuang selepas itu. Namun ianya kes yang jarang berlaku dan hampir tidak berlaku. Dan polis masih berhak untuk menolak jika wanita mengandung meminta helmet mereka untuk membuang air kecil.

Keduanya, influencer itu memperlekehkan peraturan di UK yang melarang seseorang itu mati di dalam parlimen. Menurutnya, jika undang undang itu dibawa ke Malaysia adalah bagus cuma tukar, meninggal dunia kepada diharamkan tidur di dalam parlimen.

Parlimen UK

Sebenarnya penulis Telegraph, Gary Cleland menganggap undang undang ini adalah mitos dan tidak siapa yang boleh melarang hal hal berkaitan kematian. Kerana ajal itu tidak pasti bila akan sampai.

Dan ahli parlimen yang meninggal dunia dalam parlimen masih akan dihormati dan dikebumikan berdasarkan istiadat parlimen.

Influencer tersebut kemudian mempersoalkan peraturan ketiga yang dianggapnya bodoh iaitu melarang seseorang itu memegang ikan di tempat awam dalam keadaan mencurigakan.

Dalam penulisan Alice Dunbar pada 4 tahun lalu, dia menjelaskan ini adalah peraturan lama digubal di Wales. Kerana menurutnya, ketika itu kerajaan tidak mahu rakyat merosakkan ekosistem ikan salmon.

Ia juga digelar sebagai Akta Salmon 1986. Jika seseorang itu mengail ikan salmon secara haram maka mereka akan dihukum. Dan polis berhak untuk memeriksa ikan yang dibawa oleh orang awam di tempat awam terutama untuk dijual untuk memastikan ia bukan salmon.

salmon act

Peraturan ini terpakai di England dan Wales.

Seterusnya dia mempersenda peraturan melibas libas atau memukul karpet di tempat awam.

pukul karpet

“Ini saya baru buat semalam, selepas saya sewa kereta, saya kibar kibar dulu [karpet kereta],” tegasnya.

Peraturan kelima yang dia persoalkan dan anggap bodoh adalah mengharamkan seseorang itu mabuk di pub.

Peraturan ini masih berkuatkuasa sehingga kini sejak ianya diperkenalkan pada 1872.

Menurut seorang rakyat UK yang tinggal di England: “Peraturan ini lebih kepada peringatan, bahawa jika kamu buat benda bodoh semasa kamu mabuk termasuk dalam pub, maka kamu tak berhak dibela mana mana sistem undang undang.”

Akhir sekali dia mempersoalkan peraturan keenam sebagai pelik dan bodoh iaitu larangan memegang babi di tempat awam.

Netizen meminta influencer tersebut untuk menghormati sahaja undang undang di negara berbeza. Dan tak perlu untuk melabel peraturan di negara orang lain itu bodoh. Cukuplah sekadar menganggap ia pelik.

Yang lain berkata: “Hormatilah negara lain, nanti orang UK mai [datang] malaysia buat video yang sama [tak hormat undang undang Malaysia] and tag kamu, apa yang kamu rasa?

“Lagi satu ni nak menunjuk diri pergi  UK. Kata semua nak akhirat, tapi semua benda yang buat materialistik.”

Seterusnya ada yang berkata: “Cukuplah cakap peraturan pelik. Tak perlulah cakap peraturan bodoh. Memang ada peraturan pelik, namun ada juga yang logik.”

Ramai yang meminta influencer tersebut untuk tidak menggunakan platform dia ada untuk menyebarkan kebencian terutama sekali dia pun berada di negara UK untuk cari makan.

influencer

Selain itu ada juga yang mengingatkan influencer tersebut bahawa: “Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek,” dan ingat juga bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.